Thursday, March 24, 2011

Keputusan SPM 2010

Kelmarin merupakan hari yang paling ditunggu oleh semua calon SPM 2010. Mula-mula tu, masing-masing buat spekulasi keputusan SPM keluar 29 Februari la, 8 Mac la, 14 Mac la sehinggalah membuatkan kerajaan memutuskan untuk mengumumkan tarikh yang sebenar keluar keputusan SPM iaitu pada 23 MAC 2011.

22 MAC 2011
Aku kerja macam biasa je. Rileks je macam esok takkan ada apa-apa yang berlaku. Betul, aku masa tu memang la tersangat cool. Cuak? Haram takde. Kalau kau tak percaya, kau boleh korek hati aku. Muka macam biasa la, muka dono je orang cakap. Macam la esok aku tak ambil keputusan. Biar laa, chillax sudah arr.
Bila malam dah menjelma, sedikit kecuakan mula terasa. Sikit jela, tak banyak sangat pun. Nak kata aku tidur tak lena? Memang tak ahh. Aku memang tidur lena. Siap tidur awal lagi tu! Kononnya dah tak sabar sangat la kan nak ambil keputusan. Hurr.

23 MAC 2011, 8.00 A.M
Okay, hari ni laa yang aku dok tunggu sangat-sangat tu. Sumpah aku rasa tip-a-tap sangat-sangat. Buka tv, cakap pasal keputusan, buka radio, cakap pasal keputusan, pergi mana-mana saja pun orang tanya pasal keputusan. Aku tak tahu apa yang sedang melanda. Buat pengetahuan, pagi tu memang aku bangun awal. Aku sempat online FB kejap. Reply wall semua kawan aku, and offline balik. Sumpah cuak. Aku turun bawah, tengok mak aku. Mak aku pun tengok aku juga maka bermulalah sesi mata bertentang mata. Omputeh cakap, "I'm so nervous like a butterfly in my stomach." Betul cakap mereka. Dupdap-dupdap hati aku terasa sehingga ke perut dan merasakan macam ada rama-rama dalam perut. Memang perut rasa tak enak la wa cakap lu.


23 MAC 2011, 9.00 A.M
Dengan berpakaian kurung maroon, aku sudah siap untuk keluar rumah. Aku berjalan menuju ke tempat kerja dengan pelbagai fikiran ada dalam kepala otak aku ni. Sesampainya aku kat sana, Kak Su senyum dengan penuh makna. Okay, aku rasa sangat tak keruan masa hari tu. Nak buat apa pun tak tahu. Mata pulak asyik merenung detikan jam menanti tibanya pukul 10 pagi.

23 MAC 2011, 10.00 A.M
Sudah tepat pukul 10 pagi. Tinggal lagi setengah jam aku akan bergerak ke sekolah. Dalam keadaan aku tak buat apa-apa, tiba-tiba keinginan hatiku sangat gedik mahu mencuba khidmat SMS yang baru diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Tanpa membuang masa, aku menaip "SPM SEMAK 93050812**** RA001A096" dan menghantarnya ke nombor 15888. "Message delivered".

Dalam keresahan hati tak tahu nak buat apa lagi, tiba-tiba. .

"1 message received from 15888. Read now?"

OMG ! Terasa tangan aku macam dah ketar je masa aku nak tekan 'yes' tu. Kemudian. .

"RM 0.00. Sorry, the service is temporary not available. Please try again later. For help please call; DAPAT VISTA (M) SDN BHD at 03-5569 2840 from 9am to 5pm."

Cehh, aku ingatkan dah tahu sangat laa keputusan aku berapa kan. Cinabeng betol ahh -.- Mesej tu saja dah pun menambah perisa kecuakkan yang aku ada. Bila dah sampai pukul 10.30, mak dah siap telefon aku untuk pergi ambil keputusan. Perasaan gemuruh jiwa semangat menbara? Potong lidah ahh kalau cakap aku tak gemuruh kan. Hanya Tuhan je yang tahu. Aku hanya mampu berdoa.

23 MAC 2011, 10.30 A.M
Di sini, di Dewan Syed Mahmood SMK DERMA, aku jumpa kawan lama aku. Semuanya berpakaian kurung juga. Manis je muka-muka mereka. Terserlah darjah dan peratus kecuakkan di muka masing-masing. Kemudian, Pikah datang dekat aku. Okay, dia memang agak chubby sikit. Al-maklum laa, dia budak baru balik PLKN. Kami bersembang sehinggalah ternampak kelibat Liyana menghampiri kami.
Sebaik saja memasuki dewan, teringat aku nostalgia 3 tahun dahulu di tempat dan waktu yang sama. Masa tu masing-masing sibuk nak ambil keputusan PMR la kononnya. Aku terpaksa datang mengambil keputusan dengan pakai kaca mata hitam segala. Bukan, bukan. Bukan aku nak cari publisiti tapi dah nak buat macam mana, masa tu juga la aku sakit mata. Tapi, demi keinginan yang kukuh, aku nak juga datang dan ambil keputusan.
Masa aku tengah seronok mengimbau masa lalu, aku tersedar bila PK HEM sekolah tu dah mulakan ucapan beliau. Nak kata aku tumpu apa yang dia cakap? Memang tak ahh. Seronok je aku sembang-sembang dengan kawan aku. Tambah-tambah lagi bila Ayu dan Iffah sampai. Lagi rancak ahh jawabnya. Ann tak sempat pulak aku nak jumpa dia sebab dia kejar masa nak pergi ujian bersama JPJ. 
ALHAMDULILLAH, murid dari kalangan sekolah aku berjaya melahirkan 3 orang pelajar straight A+ dan 17 orang pelajar straight A. Aku nak ada dalam list tu? Memang tak ahh. 

Selepas dah tahu si polan si polan mana yang berjaya tu, maka yang lainnya meninggalkan tempat duduk dan pergi ambil keputusan sendiri-sendiri ahh. Aku pun tergolong juga laa. Pergi ke Cikgu Nordin dengan senyuman yang terlebih manisnya. Bila dah tengok-tengok segala, ambil result, ambil sijil segala dengan majalah sekolah, aku tengok sepantas lalu je result aku. Hairan. Kenapa aku tak menangis eh? Okay, maybe aku dah kuat atau mungkin aku tak berjaya dapat straight A. Takpe, itu rezeki masing-masing kan.

Bila aku dah balik sekolah pun, memang ramai yang call and text aku sebab nak tanya result aku. Okay, okay. Terlalu banyak sangat la. Memang pergi mana-mana pun orang tanya, "macam mana result?", "dapat berapa A?". huhh, penat tak penat ahh. Tapi tak pe la, at least dorang nak tahu result kita and at least terserlah juga laa tahap prihatinnya mereka kat aku. terlalu banyak sangat orang yang tanya result aku sampaikan aku rasa macam nak je aku tulis result aku siap-siap dalam draft message then terus forward je kat orang bila orang tanya result aku kan. Tak gitu?  

Melihat kepada aspek positifnya pula, secara tak langsung keputusan SPM juga mampu merapatkan tali silaturrahim antara kita. Tak percaya? Ni apa yang aku rasakan laa. Sebab orang yang dah lama tak contact aku pun, yang aku rasa entah dia masih hidup atau tak, tiba-tiba terus contact aku cuma nak tanya result je. Hebat kan mereka? Okay la tu, at least itu menunjukkan yang aku masih diingati oleh mereka.
Okay, penat. Dah ramai sangat yang tanya aku, maka di sini aku nak umumkan secara rasminya keputusan yang aku dapat. 

 BAHASA MELAYU ; A+
BAHASA INGGERIS ; A-
PENDIDIKAN ISLAM ; A+
MATHEMATICS ; A+
SEJARAH ; A
ADDITIONAL MATHEMATICS ; C+
PHYSIC ; C
CHEMISTRY ; C
LUKISAN KEJURUTERAAN ; C

Jangan nak tanya sangat la kan mana perginya B aku. Gempak tak gempak belakang kira ahh. Result tak boleh nak ubah-ubah dah. Aku dah cuba sehabis baik. (yeke?) Maybe ni la rezeki yang aku dapat. To abah, mak and semua. Sorry. Aku tak dapat nak struggle semua A untuk abah . walaupun dia tak tunjukkan melalui reaksi muka dia sama ada dia kecewa atau pun tak, hanya ni je yang mampu aku dapat.

And, kepada semua yang dah pernah ajar aku especially kawan-kawan, cikgu-cikgu, yang banyak mendoakan aku, thanks sangat-sangat. Result ni pun dah padan dengan muka aku. Dan kepada kawan-kawan yang telah berjaya, congrats!


CATITAN-CATITUN ; Aku sekarang dah busy nak cari sijil-sijil lampau dan mula membuat kajian untuk meneruskan pengajian ke mana http://www.emocutez.com









kindly leave me a comment. thank you.

4 comments:

Shafiqah Rashid said...

woah !
byk A+ noh,
km xdak pon A+..
haha..
congrats wehh :)

AMYCYRUS said...

A+ ? entahh macam mana laa boleh sesat masuk dalam tu kan . thanks x)

saya puteri said...

congratss wehhh. hebat noh bm ngn agama A+. heee~

AMYCYRUS said...

HAHA. tak hebat tara mana pun. Tak pernah dapat pun sebenarnya. Thank you.

THE MASTER

My photo
Helo peeps. I'm Amy. I'm so glad because you're willing to lay here just wanna read my silly writing. It gives me a big meaning, k? Jyeah, and I'm not a rigid blogger so I just write when I feel I have to write. People say life is so suck. Uhh, helo? Is that so? I don't think so because I think life is fair and squre. We survive the life at up and down. I'm just at this type. I just looking forward to enjoy the life. K? By the way, thanks to readers who always wanna know the story of my life. To the haters, nothing can I say because nobody perfect, aite? May GOD bless you when you spent your time here and bless me when another person be you follower ♥ Have a nice day ever. Kbye.

MY BELOVED STUDENTS