Monday, September 19, 2011

Bila Kawan Makan Kawan

Holla.

Kembali lagi kita bersama. Cecewahh macam dah nak mula ceramah lah pulak gayanya kan. Okay hari ni aku rasa macam nak sentuh sikit pasal satu isu ni, iaitu bila kawan makan kawan.








Picture credited to: Google



First sekali, aku nak tanya anda anda anda yang sedang menonton. Ehh menonton pulak. Maaf ye, yang sedang membaca tu, ada tak antara kalian yang pernah kena makan dengan kawan? Kedengaran menakutkan tapi tulah hakikatnya atau dalam bahasa standard kita, kita panggil istilah ni sebgai tikam belakang. Atau nak bahasa puitis lagi, musuh dalam selimut, harapkan pagar, pagar makan padi dan bla bla bla.

Kalau ye, mungkin kita dapat rasakan betapa sakitnya betapa pedihnya rasa hati yang kita tanggung tu. Sumpah tak tipu. Takde siapa yang pernah cakap "wahhhh seronoknya aku hari ni. Tadi kawan aku tikam aku dari belakang". -,-' Kalau ada manusia macam ni, bodoh lah manusia tu.

Tapi kalau yang belum dan tak pernah merasa tu, heh takkan korang nak kena kot? Yer dak? Untunglah bagi sape-sape yang tak pernah alami pengalaman macam ni. Tapi yang tak pernah kena tu, jangan cuba cuba nak tikam kawan korang dari belakang. Amboi mentang-mentanglah korang tak pernah alami situasi sebegini, rasa macam seronok je buat kat orang lain. Yelah, hukum karma dunia, apa yang kau buat, itulah apa yang kau dapat. Fair and square kan?

Kalau macam aku, manusia naif macam aku ni, haiyer~ pernah kot kena. Dengan kawan aku. KAWAN SEKELAS AKU. Cerita mendalam tu, tak payah nak cerita ah. Nanti aku teraibkan dia kat sini pulak, dah jadi satu dosa pulak kat aku, kat korang yang tengah baca ni. Haha, takmahu lah tambah dosa pembaca-pembaca eden. Cuma rasa pedih tu terkilan terkilan terkilan. Rasa macam tak sangka pun ada. Rupanya kawan yang kita percaya, kawan tempat kita mengadu rupa-rupanya khianat kita. Ohhh shhhit man.

Tapi alhamdulillah walaupun dia dah pernah tikam aku dari belakang, sampai sekarang aku masih boleh berkawan dengan dia cuma takdelah kamceng macam dulu lagi. Semua cerita personal pun aku dah limitkan dari pengetahuan dia. Haha stupid lah kalau aku nak jatuh ke lubang tandas untuk kali yang kedua. Ehh lubang tandas pulak ceritanya.

Okay lah, aku rasa sampai sini saja kot penulisan aku. Aku dah taktau nak merapu apa dah. And big sorry kalau aku ada buat sesiapa sahaja yang terasa hati dengan aku ke, anggap aku khianati korang ke, aku minta maaf. Choiii macam baru nak raya je gayanya. Dengan minta maaf bagai. Aku tak pernah berniat nak khianati korang. Tapi kalau korang ada tak puas hati apa-apa dengan aku, jangan malu jangan segan come face to face dengan aku. Aku boleh terima secara rasionalnya sebagai manusia yang masih waras. Jom kita bersihkan hati kita, kita buang semua virus trojan dalam hati. Hoi apa aku merepek ni?

Take care readers.
Spread love <3


kindly leave me a comment. thank you.

4 comments:

Faris said...

untunglar kwn mkn kwn..mcm kanibal..-.-'

nia azhari said...

berani dia tikam kau, kau tembak aje dia dgn m16. haha. eh bukan aku kan ?

AMYCYRUS said...

@Faris: Serius manusia macam ni wujud kat dunia.

AMYCYRUS said...

@nia azhari: Haha aku takde m16 nak main tembak-tembak. Semestinya bukan kau sayang :)

THE MASTER

My photo
Helo peeps. I'm Amy. I'm so glad because you're willing to lay here just wanna read my silly writing. It gives me a big meaning, k? Jyeah, and I'm not a rigid blogger so I just write when I feel I have to write. People say life is so suck. Uhh, helo? Is that so? I don't think so because I think life is fair and squre. We survive the life at up and down. I'm just at this type. I just looking forward to enjoy the life. K? By the way, thanks to readers who always wanna know the story of my life. To the haters, nothing can I say because nobody perfect, aite? May GOD bless you when you spent your time here and bless me when another person be you follower ♥ Have a nice day ever. Kbye.

MY BELOVED STUDENTS