Tuesday, November 29, 2011

Aku Dan Penghujung Bulan November

Hi guys. Jumpa lagi kita ye walaupun dah lama tak berjumpa. Apa khabar anda di sana? Harapnya sentiasa bergembira ye. Dan sentiasa happy bersama orang yang tersayang.


Oh ya, dah lama aku tak update blog dan ramai jugalah yang bertanya kenapa aku dah lama tak update blog. Okay, okay berikut disenaraikan beberapa sebab aku tak boleh nak update blog.




  1. Sejak semester dua dah start ni, aku dah jadi makin busy. serius makin busy. Aku taktahu juga kenapa aku boleh jadi busy. Mungkin disebabkan tajuk-tajuk semester dua yang memerlukan aku untuk lebih fokus. Yelah, hampir kesemua tajuk untuk subjek ni aku tak suka kot. Sejak dari Form 1 lagi. Elektrik bagai. Memang tak suka.
  2. Hm dukacita dimaklumkan kat dorm aku tak dapat nak menikmati kemudahan wifi yang disediakan di kolej aku. Bunyi menyedihkan. Gilessss. Sebab tu lah aku tak boleh nak update blog.
  3. Aku sangat rajin nak menulis blog. Walaupun blog aku ni tak pernah laku, tapi kisah pula aku. Aku suka nak menulis blog ni. Macam-macam aku boleh tulis. Macam-macam aku boleh luah. Okay. Aku rasa puas bila dapat tulis blog ni. Tapi malangnya aku tak tahu cerita apa nak tulis sekarang ni. Sekarang ni kehidupan aku biasa-biasa je. Lainlah kalau aku dah dapat kereta Ferrari sebiji kan, time tu boleh lah aku tulis blog bertajukkan "Aku dan Ferrariku".
  4. Buat masa sekarang ni aku tengah menghabiskan masa dengan menonton cerita-cerita yang masih tak habis ditonton dek aku. Movie dalam lappy aku ni dah queue menunggu turn. Hikhikhik.
  5. Sekarang ni aku lebih banyak menghabiskan masa berdating dengan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria. Yelah sejak kebelakangan ni rajin pula dia nak ajak aku dating kan. Tapi takpe. Aku suka. Hihihi.

Oh yaaa. Sebelum terlambat, aku nak ucapkan berbanyak-banyak tahniah kat Malaysia yang telah mengungguli takhta kejohanan Sukan Sea baru-baru ni. Banyak-banyak tahniah. Tapi aku agak sedikit kecewa sebab Wan Zaharulnizam tak dapat nak bermain. Tsk tsk. Bukanlah, sebenarnya aku rasa agak kecewa dengan tahap permainan masa kelayakan Olimpik tu. Aku tak tahu lah kenapa dorang main macam nak tak nak je. Haishhh dorang ni tak teringin ke nak main kat London? Best tuuuuu.





Wan Zaharulnizam

Dia ni merupakan salah satu pemain yang aku minat. Comel je dia kan. Kecik sangat. Ramai kawan aku minat dia ni. Mungkin sebab dia comel kot. Ayyaya, dia memang comel. Tapi yang best partnya, bila dia punya birthday sama dengan aku. Aku memang rasa happy gilaaaa. Sebab susah betul aku nak jumpa orang yang sama birthday dengan aku ni. Hahaha. Awesome gila. Lepas ni aku boleh lah sambut birthday dengan kau ye, Zaharul. Kuikuikui.







Nazmi Faiz

Dia ni merupakan pemian muda yang sedang mencipta nama dalam arena bolasepak ni. Dia memang jadi perhatian sejak kebelakangan ni. Mungkin sebab dia masih berusia 17 tahun. Dan apa yang aku dapat tahu, dia sanggup menangguhkan SPM dia sebab nak wakili Malaysia di Sukan Sea. Bangga tak? Bangga tak? Satu lagi, bila aku tengok Nazmi Faiz Mansor yang sekarang ni tengah hot meletup bagai nak gila kan, muka dia mengingatkan aku kepada seseorang. Aku rasa macam dia tu adik kepada kawan aku yang aku dah lost contact lah. Aku tak berapa pasti sebab aku taktahu Nazmi tu duduk kat mana. Guys, kalau korang ada maklumat pasal dia, helo helo me ok. 


Lagi sebulan lagi 2011 akan melabuhkan tirainya dan 2012 akan datang dengan penuh debaran. Tahun yang penuh kontroversi. Sebab ada ura-ura cakap 2010 tu tahun apocalypse. Hishhhh mengarut tu. Jangan percaya. Untuk budak-budak sekolah tu, seronok lah kan korang dah dapat cuti. Aku ni pulak, haishhhhh dah mula dah semester baru. Cuti sikit sangat tapi takpa. Pengorbanan namanya ni. Heee so macam mana? Azam korang yang tahun ni dah tercapai ke? Kalau dah, tahniah lah. Kalau yang tak tu, hmmmm macam mana tahun depan? Nak pasang azam baru ke? Heee takpelah janji hidup kita ada wawasan kan. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam sudah lah.


Sampai sini sahaja coretan saya. Jumpa lagi di lain hari.
Love ya. Take care. Garnier.

kindly leave me a comment. thank you.

2 comments:

Anonymous said...

Hehe,girlfie zaharulnizam :)

AMYCYRUS said...

@Anonymous: Aishh kalaulah betul kan. Haha :D

THE MASTER

My photo
Helo peeps. I'm Amy. I'm so glad because you're willing to lay here just wanna read my silly writing. It gives me a big meaning, k? Jyeah, and I'm not a rigid blogger so I just write when I feel I have to write. People say life is so suck. Uhh, helo? Is that so? I don't think so because I think life is fair and squre. We survive the life at up and down. I'm just at this type. I just looking forward to enjoy the life. K? By the way, thanks to readers who always wanna know the story of my life. To the haters, nothing can I say because nobody perfect, aite? May GOD bless you when you spent your time here and bless me when another person be you follower ♥ Have a nice day ever. Kbye.

MY BELOVED STUDENTS