Thursday, December 1, 2011

Back to December



Hye guys. How are you today? Sihat? Aku disini sihat-sihat saja :)

Ohh yaa, bulan Disember sekarang dah memunculkan diri kan. Kalau zaman sekolah dulu-dulu, bulan nilah yang paling dinanti-nantikan. Bukan sebab nak sambut Krismas yang duduk bawah mistletoe tu, bukan musim main salji. Tapi kalau kat Malaysia, musim cuti sekolah lah, holiday sini sanalah, Year End Sale lah, dan juga musim banjir. Erkkkk? Kalau tahun lepas Perlis ditimpa musibah banjir, alhamdulillah tahun ni Perlis tak kena banjir walaupun ada ura-ura cakap air Siam akan sampai kat sini. Tapi kalau dah kuasa Allah, tak ada siapa yang boleh lawan kan. Kun fayakun.

Tapi bagi aku kat sini, tiada istilah cuti. Haaa bukan aku saja, kawan-kawan aku pun sama. Semuanya dah pergi belajar. Terutama sekali kat dua orang bestfriend aku, Ann dengan Iffah. Kalau dulu dorang selalu datang kolej aku, spend masa sama-sama, bawa makanan dari luar. Ohh sangat terharu tahu. Pernah beberapa kali juga dorang hantar aku pergi balik kolej, bawa aku keluar kolej. Tapi lepas ni babe, takde siapa dah yang nak bawa bihun sup kat aku kan. Tak ada siapa dah yang nak datang sini pastu kita online sama-sama pastu bebai sebab wifi tak boleh pakai. Huuu walaupun aku sedih tapi aku happy sebab korang dah sambung belajar. Tahniah walaupun aku rasa aku dah terlambat nak wish ni. Heee. Harapnya korang baik-baik saja di sana, di UiTM Merbok. Study elok-elok tahu. Jangan lupa aku!

Harini dah 1 Disember. Sekarang ni aku tengah counting untuk dapat elaun pada 2 Disember ni. Kononnya lah kan. Rumours. Ehh lagi 5 hari lagi budak-budak Matrik dok tunggu tahu tak. Yelah, result final exam semester lepas akan keluar 6 Disember ni. Mahunya sekarang semua orang dah jadi macam cacing kepanasan, duduk tak senang, mundar-mandir, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak nyenyak. Agaknya memang ada ke symptom macam ni? Heh, tapi bagi aku watlek sudah. Semestilah aku rasa cuak juga. Tapi chill saja lah kan. Benda tu dah tak boleh diundur dah. Aku dah buat sehabis baik. Dan sekarang aku cuma redha jelah. Jangan lupa besertakan doa sebab ustazah cakap, senjata adalah senjata utama orang Islam tapi kenapa kita tak menggunakannya? Apa-apa pun aku harap aku dan kawan-kawan Matrik yang lain dapat keputusan yang cemerlang. Kalau orang English cakap, pass with flying colours. Harapnay begitulah sebab aku taknak lepas ni ahli-ahli kelas aku dah semakin berkurang. Nehi nehi nehi. Cukup setakat hari ni, dah 3 orang keluar meninggalkan kami :(

Aku rasa sampai di sini saja kot aku. Actually aku kat Makmal Komputer ni. Dalam tutorial. Memang ketak ketak ketak lah bunyi keyboard aku menaip ni. Kuikuikui. Hee. Apa-apa pun, take care yeah readers. Spread love. Wish my friends and me luck in getting final exam result :D


Mari baca ini bersama-sama:

Ya Allah ya tuhanku, kau berikanlah Amy dan rakan-rakannya keputusan yang cemerlang. Perkenankanlah doa hambamu ini ya Allah. Aminnn.

*thanks for reciting the doa. Kalau seorang baca, satu doa dimakbulkan. Kalau banyak orang berdoa, lagi lah dimakbulkan. Harapnya dimakbulkan lah. Hehehe*

Bye.

kindly leave me a comment. thank you.

2 comments:

Anonymous said...

I love december :)

AMYCYRUS said...

@Anonymous: me too :)

THE MASTER

My photo
Helo peeps. I'm Amy. I'm so glad because you're willing to lay here just wanna read my silly writing. It gives me a big meaning, k? Jyeah, and I'm not a rigid blogger so I just write when I feel I have to write. People say life is so suck. Uhh, helo? Is that so? I don't think so because I think life is fair and squre. We survive the life at up and down. I'm just at this type. I just looking forward to enjoy the life. K? By the way, thanks to readers who always wanna know the story of my life. To the haters, nothing can I say because nobody perfect, aite? May GOD bless you when you spent your time here and bless me when another person be you follower ♥ Have a nice day ever. Kbye.

MY BELOVED STUDENTS