Friday, December 9, 2011

KMP Kolej Matrikulasi Terbaik Semester 1 Sesi 2011/2012: TAHNIAH!

6 November lepas, semua pelajar Matrikulasi bagaikan cacing kepanasan. Tak terkecuali juga aku. Masih ingatkah lagi anda pada entry Debaran Keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi (PSPM) Semester 1 2011/2012 ini? Kalau dah lupa atau belum baca lagi, korang boleh tengok semula entry hari itu.

Nak tahu result PSPM ni tak sama macam nak ambil result SPM yang ada slip bagai. Memang benar, slip akan sampai kat rumah. Dan kat sini, keputusan ditampal di papan kenyataan. Dalam masa beberapa hari ni, awasilah nombor matrik anda sebab dikhuatiri akan ada "secret admire" korang curi tahu nombor matrik kau, pastu dia pergi usya kau punya result. Sangat bahaya. 

Alhamdulillah, aku lulus. Walaupun tak adalah dapat 4.00 flat, tapi aku rasa bersyukur. Aku bersyukur dengan apa yang aku peroleh. Aku fikir, mungkin setimpal lah dengan usaha aku selama semester 1 yang agak malas tu, yang agak lambat hantar tugasan tu, yang suka bertangguh buat tutorial tu, yang suka surfing Internet kat belakang masa tutorial kelas Computer Science tu -,- Tapi untuk semester 2 ni, aku janji aku akan berubah. Aku takmau bertangguh buat kerja dah. Aku nak rajin sikit. Ehh, bukan sikit tapi rajin banyak. Nak kurangkan waktu tidur aku, nak selalu jumpa lecturer, nak selalu bodek-bodek lecturer, nak rajin-rajin buat tutorial. Agak-agak boleh tak azam aku ni tercapai? Sama-sama lah kita doakan eh.

Ohh ya, dengar kata Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) merupakan kolej terbaik untuk semester 1 sesi 2011/2012 ni sebab merupakan kolej yang paling banyak melahirkan budak-budak 4 flat. Aku faham, mungkin ramai yang cakap KMP ni terbaik sebab budak-budak Akaun. Akaun senang je. Aku sedar, aku sebagai budak Sains tak salah kalau nak menumpang kegembiraan atas kejayaan kolej kita ni. Tapi jangan lupa, budak Sains pun ada menyumbang kenaikan 4.00 flat juga, walaupun aku terkecuali.

Baru tadi aku dengan Erna buat kira-kira budak-budak yang dapat 4.00 flat ni. 

KIRA-KIRA BERSAMA CIK AMY & CIK ERNA

Akaun : 199/867  orang(tak termasuk kiraan dari sehelai kertas yang hilang)
Sains Modul 1: 48/178 orang
Sains Modul 2: 20/108 orang
Sains Modul 3: 2/122 orang

Total Akaun & Sains: 260++ orang

Sebagai salah seorang pelajar KMP, aku berasa amat bangga. Bangga dengan kawan-kawan aku. Tahniah juga untuk 5 orang budak kelas ku yang berjaya dapat 4.00 flat. Ding Kooi Kei, Lye Yu Yang, Nuruddin, Sharafee, Siti Norhasliza. Tahniah. Korang memang power. Pstttt dan aku rasa kitalah kelas Modul 2 yang paling banyak dapat 4.00 flat kan? Yer dak? Walaupun Cikgu Kimia kita cakap, result untuk subjek Kimia, kelas kita lah yang paling bawah sekali. Sama macam UPS dulu, tapi cikgu bangga sebab result yang final exam ni, kita ni dah melonjak banyak. Kita gelak ramai-ramai.

Walaupun ada juga muka-muka yang aku tak percaya dorang boleh dapat 4.00 flat. Contohnya, Azwan dari kelas M2T3. Mamat ni memang suka duduk belakang bila waktu kuliah. Dia ni memang tergolong dalam kumpulan "suka-buat-bising-dalam-kuliah" lah. Tapi, siapa sangka, sehonaq-honaq dia pun, dia boleh dapat 4.00 flat. Tahniah juga untuk kawan-kawan yang sama sekolah dengan aku dulu. Ruzaini, Fatin Munawwarah, Syazana, Atiqah yang dapat pointer 3.5 ke atas tu.

Akhir kata, siapa cakap duduk kat Matrik susah? Masa aku di sekolah menengah pun, ramai yang tak setuju aku nak masuk Matrik. Dorang cakap, Matrik ni susah lah, tak boleh pergi lah. Sebenarnya, mindset kita yang cakap macam tu. Kalau mindset kita cakap benda tu susah, selamanya kita jadi susah. Come on guys. Nothing is impossible in this world. Benda yang susah boleh kita mudahkan. Cuma berusaha lebih sikit je, korang mesti boleh dapat yang terbaik punya. Okay adik-adik yang ada cita-cita nak masuk Matrik ni, mai kakak nak pesan sikit. Kita mesti buat apa yang kita rasa kita boleh buat. Jangan ikut cakap orang. Sebab orang tak tahu kemampuan kita, cuma kita yang tahu kemampuan kita. Matrik ni susah? Make it simple, dear. (Tiba-tiba aku teringat cerita 3 Idiots- ALL IS WELL)


Last but not least, jom kita cuci mata dengan gambar.






Result budak-budak Akaun


Result budak-budak Sains


Erna tengah buat kira-kira budak-budak yang dapat 4.00 flat

Result????



Spread love. Bye :)


kindly leave me a comment. thank you.

2 comments:

misluvcoklat said...

congarts wehhh !
btw tengkiu. result km pun ada lam gmbaq tuh . haha.

AMYCYRUS said...

@misluvcoklat: Hehe. Thanks babe. Yeke? Haha. Lebih kurang lah tu. Tahniah juga untuk hampa :)

THE MASTER

My photo
Helo peeps. I'm Amy. I'm so glad because you're willing to lay here just wanna read my silly writing. It gives me a big meaning, k? Jyeah, and I'm not a rigid blogger so I just write when I feel I have to write. People say life is so suck. Uhh, helo? Is that so? I don't think so because I think life is fair and squre. We survive the life at up and down. I'm just at this type. I just looking forward to enjoy the life. K? By the way, thanks to readers who always wanna know the story of my life. To the haters, nothing can I say because nobody perfect, aite? May GOD bless you when you spent your time here and bless me when another person be you follower ♥ Have a nice day ever. Kbye.

MY BELOVED STUDENTS