Hi guys. Sorry dah lama aku tak update blog. Jyeah, aku memang busy sejak akhir-akhir ni. Yelah, PSPM pun nak dekat doh. Lebih kurang tak sampai sebulan lagi aku akan exam. Exam. Bukan benda boleh main-main tu.
Tapi walaupun aku tak update blog ni. Erghhhhh lagu blog pun tak tukar lagi -,- Aku nak korang tahu yang aku sentiasa, diulangi SENTIASA ye, sentiasa blogwalking blog korang kalau aku ada kelas Science Computer. Haha stalker teruk? Ye, itu aku =.=' Memang kadang-kadang tu aku takde tinggal jejak ke apa kan, takpe aku silent reader. Haha :D And korang korang korang yang dah termasuk blog aku ke, atau terjumpa blog aku ke, tinggal jejak korang boleh tak? Kalau lah boleh ye supaya aku pun dapat jejak korang balik. Thank you.
Okay entry hari ni aku nak cerita pasal sambutan Merdeka peringkat negeri Perlis 2011. Tahun ni diorang buat sambutan Hari Merdeka sama dengan Hari Malaysia memandangkan tarikh Hari Kebangsaan kita yang 31 Ogos tu telah jatuh pada 2 Syawal 1432H bersamaan Hari Kedua Aidilfitri. Mungkin ada antara korang yang tertanya-tanya apa beza Hari Kebangsaan dengan Hari Malaysia (16 September) kan? Okay mari sini aku nak ceritakan. Ehem ehem dengan gaya cikgu Sejarah, Malaysia yang pada masa itu dikenali dengan nama Tanah Malaya telah mencapai kemerdekaan daripada jajahan British pada 31 Ogos 1957. Tapi korang kena tahu okay, Tanah Malaya masa tu adalah Semenanjung Malaysia sahaja. Maknanya Sabah dan Sarawak belum lagi merdeka dan kedua-dua negeri ni masih ditakhta oleh British, kaum keluarga Brooke jugak lah kalau tak silap aku. Sir Charles Brooke I guess. Dan pada masa tu, Tuanku Abdul Rahman dan seangkatan dengannya berusaha untuk membebaskan Sabah dan Sarawak dan mengajak kedua-dua negeri ini untuk bergabung dengan Tanah Malaya. Oleh itu, pada 16 September lah Malaysia pada hari ini terbentuk.
Ada sesetengah pendapat mengatakan Malaysia sebenarnya merdeka pada 16 September, bukannya 31 Ogos 1957. Tapi bagi aku, kita dah merdeka pada 31 Ogos dan sebenarnya Malaysia yang terbentuk pada 16 September. Yelah, kan laungan keramat 'Merdeka' tu bergema pada 31 Ogos 1957. Yer dak?
Okay cakap banyak pun tak guna jugak. Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat aku rakam.
#aku hanya menggunakan kamera telefon bimbit memandangkan aku tak bawa kamera aku. Minta maaf kalau kualiti gambar sangat bad. Enjoy!
Ni antara merupakan muka-muka patriotik yang datang untuk sambut Hari Kemerdekaan ni.
Picture credited to: my dad
Cuba tengok aunty tu, dia memang suka bergambar. Hehe peace aunty, Selamat Hari Merdeka.
Picture credited to: my dad
Yang dekat belakang tu adalah kanopi-kanopi yang disediakan.
Picture credited to: my dad
Macam ni lah suasananya Hari Merdeka peringkat Negeri Perlis 2011.
Picture credited to: my dad
Tapi yang aku tak sangka tu, tiba-tiba aku ternampak sekumpulan orang bersedia untuk berkawad, pakai baju "I love KMP" segala tengah pegang bendera. Rupa-rupanya kolej aku dah diberi kehormatan untuk membawa bendera Malaysia mengetuai pasukan kawad yang lain. Haiz macam mana lah aku boleh tak tahu ni. Sangat pelik -,-
Yang pegang bendera paling kanan tu sangattttt comel kan? Dia classmate aku.
Yang dipaparkan di atas adalah muka-muka college-mate aku tapi mostly aku tak kenal sebab mereka adalah budak-budak akaun :)
Yang aku tak faham tu, macam mana lah Din boleh jadi sarjan ni. Sangat mengujakan dan sangat tak tercapai di akalku -,-"
Gambar pun dah tengok, apa kata sekarang ni jom kita tengok video pulak? Sekali lagi, video juga adalah video yang bad quality.
Video perarakan masuk kontinjen
Untuk sambutan kali ni, ada banyak persembahan. First sekali, diorang ada buat pantomin Merdeka Raya. Sedih wokk. Aku tengok pun rasa nak menangis. Tersentap gituuuuuu. Terima kasih kepada pelakon yang menjayakannya yang terdiri daripada pelajar beberapa sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Syabas!
Persembahan keduanya adalah persembahan dari 4RRD dan BAKAT yang menarikan tarian Gawai kot kalau tak silap aku.
Selepas je diorang buat persembahan tarian tu, macam biasa, mestilah ada Warrior Dance. Haha Aku paling suka part ni :D
#Video akan diupload kemudian
Yang gembiranya, aku dapat jumpa banyak askar dan sejujurnya, aku rindu mereka. Aku rindu 4RRD, aku rindu nak kawad T.T
Dah puas layan video, jom kita usya gambar aku pulak. Haha Aku pun nak jugakkkkk.
Dah puas layan video, jom kita usya gambar aku pulak. Haha Aku pun nak jugakkkkk.
Bajet muka penat. hikhik.
Kami anak Malaysia. Hooray!
Dan yang paling best sambutannya tahun ni adalah, PA system untuk sambutan hari ini telah disediakan oleh abah aku, syarikat MPD AudioVisual. Jom kita usyaaaaa.
Berbincang mengenai masalah teknikal yang bakal dihadapi.
Antara barang yang disediakan perkhidmatannya oleh company abah aku.
Apa-apa pun, hari ni memang best. Memang pada mulanya aku macam taknak pergi sebab aku ada bawa balik banyak kerja sekolah. Errrr kerja sekolah? Adoi tapi kalau tak pergi tu, rugi juga. Mesti kena pergi dan untunglah aku pergi. Kahkah. Sudah. Sampai di sini saja. Sehingga berjumpa lagi. Ecehh kononnya. Bye. Spread love, people :)
3 comments:
huhuhuhu......untunglah hahaha....teka gw sapa? wkwkwkw
@Abu Idris: Thanks for sharing the info :)
@Anonymous: Siapakah? Haha nak main teka teka bagai. Haaa kau alien kot ;p
Post a Comment