Aku memang ditakdirkan sangat busy ke? Bersyukurlah, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. Program matrikulasi sesi 2011/2012 baru je habis. Hm, tak silap aku 28 Mei 2012 ni budak-budak sesi 2012/2013 pula yang masuk. Ramai kawan aku cakap "untunglah, boleh cuti lama." Tapi sebenarnya tak pun. Lepas habis matrik, aku baru plan nak pergi sambung buat lesen kereta sambil cari kerja. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan, kan? Aku dapat banyak sangat surprise lepas keluar matrik ni. Terlalu banyak.
Maka jadual aku pun sangat pack. Sangat tough. Ingat tu bila cuti, bolehlah habiskan masa nak menonton drama Korea atau movie yang aku simpan untuk ditonton lepas habis matrik. Tapi, apakan daya. Sob sob.
Isnin (30 April 2012) : Nak kena siapkan portfolio lukisan. Ahh jemn.
Selasa (1 April 2012) : Masih kena siapkan lukisan tu. Dua lukisan youuuu. Minimum dua hari baru boleh siap.
Rabu (2 April 2012) : Siap barang, settlekan semua barang yang nak dibawa pergi ke temuduga. Fotostat itu ini. Kena packing barang pula.
Khamis (3 April 2012) : Pagi-pagi mak cakap dah nak bertolak pergi KL.
Jumaat (4 April 2012) : Di KL. Pergi temuduga. Entah sampai bila baru nak balik. Maybe Sabtu. Ataupun Ahad. Mak aku bukannya nak duduk sana lama-lama.
Sabtu (12 April 2012) : Aku nak jadi orang terakhir yang masuk PLKN. Yes! Tiga bulan aku kat PLKN.
Busynya aku. Kalah Perdana Menteri Nigeria. Tapi okaylah, terimalah juga. At least masa cuti aku boleh terluang. Tak macam sesetengah kawan-kawan aku. Text aku pastu mengadu bosan taktahu dah nak buat apa kat rumah. Heee.
You're gonna miss me. Gonna? Gonna? Hehe. |
No comments:
Post a Comment