Sudah lama tidak senamkan jari-jemari aku di atas papan keyboard ini. Apa khabar semua followers? Terima kasih kerana masih follow aku, walaupun dah lama aku tak update apa-apa. (cough)
For your information, aku baru saja habiskan pengajian aku selama setahun kat KMP. Well, macam biasalah. Agak-agak korang pun boleh hidu kenapa aku tak update blog aku sejak lima bulan yang lepas kan? Hehehe.
Oh yaaa, baru-baru ni aku ada isi UPU. Macam biasalah, pilihan aku semestinya nak sama macam pilihan yang aku nak masa isi untuk lepasan SPM dulu. Architecture di UTM. Dan sepeti biasalah. semestinya course yang macam ni memerlukan temuduga. Korang sendiri pun tahu kan yang aku pergi belajar kat matrik dulu sebab apa? Sebab aku nak membawa hati yang kecewa lepas aku tak terpilih pergi temuduga kat mana-mana universiti. Sedih wehhh! Orang panggil pergi temuduga pun tak.
Tapi alhamdulillah, rezeki aku adalah lepas matrik. Terima kasih matrikulasi. Aku terpilih ke temuduga program pilihan pertama yang aku letak masa isi UPU hari tu.
UiTM pun aku dapat gak. Hari tu demand takmau panggil aku pi interview :p
UPM pun dapat gak! Salah satu universiti pilihan aku selepas tengok cerita Kuliah Cinta ;DD
UTM! Program pilihan pertama aku. Yang ni aku nak sangatttttt ><
Well, sebenarnya aku sangat tak bersedia untuk pergi semua temuduga ni. Kesiannya budak-budak Matrik. Dah lah baru habis belajar. Tup tup dah kena panggil pi interview. Tambah-tambah bila interview UiTM sama tarikh dengan interview UPM. Hambikkk kau. Satu interview di Perak. Satu lagi di Serdang. Mana satu aku nak hambek? Mak aku cakap, pi dua-dua. Haha. Kalaulah boleh kan. Tapi tak salah kalau nak mencuba pun. Dahlah resume pun aku tak buat lagi T.T Serius takdan wehhhh.
Persoalannya, perlukah aku pergi interview UiTm dengan UPM?
2 comments:
aiseh,aku tak cek pon aku kena interview ka tak.
Selalunya yang nak check nak interview ni kalau masa kita isi UPU tu, ada program yang kita nak tu, yang bertemuduga.
Post a Comment