Wednesday, March 30, 2011

Mengisi UPU : Antara minat dan prospek kerjaya

assalammualaikum.
ehem ehem, batuk-batuk sikit sebab ni la kali pertama aku tulis blog bila aku betul-betul rasa nak tulis blog. memang betul sebab sebelum ni aku asyik 'pekasamkan' je idea-idea dalam kepala otak aku ni. sumpah tak mohong okay.
dah dah, kalau nak terus layan aku, memang tak jadi kerja. boleh tak kalau kita terus back to the title? aku bukan la nak berhujah, nak berdebat segala bagai, cuma aku sekarang ni rasa errrr.


C to the O to the N to the F to the U to the S to the E.
CONFUSE.

Aku tak tahu la sama ada kau pernah rasa macam ni ke tak. tapi, nak je aku rasa macam nak sembelih kau kalau kau cakap kau tak pernah nak lalui detik yang mencemaskan paling tak suka ni. mohong besaq sangat la kan kalau kau cakap kau suka. betul, sekarang ni aku tengah fikir dah hampir 13976 kali dah pasal UPU ni. UPU tu apa? Google please ;)

sebenarnya, masa maghrib tadi, entah macam mana ayah aku mengeluarkan satu topik yang errr. dah buat aku confuse gila babeng. aku dah la tetapkan course apa yang aku nak, u mana yang aku nak nanti. that is UiTM and UTM. aku cakap kat ayah aku, yang aku nak minta dua u tu je. dah tu, dia suruh aku apply banyak-banyak u. aiyerr. tolong laa. takkan la aku nak buat macam 1U 1course? macam pelik jeee -.- dah tu, aku explain ah kat dia satu-satu.

ABAH : Macam mana kak? kak dah pilih u mana?
AKU : UITM dengan UTM je. confirm dah. tak mau fikir banyak-banyak.
ABAH : lahh, jangan la kira macam tu. pilih ah banyak-banyak u. takkan nak harap kat dua u tu je.
AKU : erkkk! (tergamam) tapi dah ada course yang kak minat kat u tu. nak buat macam mana?
ABAH : tak payah la nak tengok minat. sekarang ni kita tengok pada prospek kerjaya. kalau nak harap kat minat je, dah study tapi tak kerja, nak buat macam mana pulak?
AKU : dah tu?
ABAH : try la minta kat UniMAP. abah tengok orang yang keluar dari situ je mesti ada kerja.
AKU : Errr.

dah tu, aku terus keluar dari bilik and cuba cari jawapan di sebalik semua ni. haih. unimap? langsung aku tak pernah terfikir nak pergi kat situ. bukan aku nak lekehkan unimap tapi dah unimap tu cuma offer course engineering je, mana aku minat doe. lain ah kalau ada course rekabentuk dalaman ke, senibina kat unimap, memang takde hal aku nak apply situ. tapi, apa yang ada kat situ? brosur unimap yang abang tu bagi masa kat karnival jom masuk u pun aku tak buka. tolong la. kalau dah tak minat, what can we do? nak kena paksa minat? macam tu ke? atau nak pergi mandi bunga. okay ke kalau macam tu? tepuk dada tanya selera ahh. tapi ceruk mana aku pergi pun, ramai yang suruh kita pilih based on our interest. jangan nak pilih sebab kawan, jangan nak pilih sebab status u tu, jangan nak pilih location u tu.

tapi, demi taknak mengecewakan seorang ayah, aku try jugak tengok apa yang aku dapat kalau aku minta unimap. KALAU je okay. tak terdetik di hati aku nak minta situ pun tapi kalau aku dah dapat hidayah dan pintu hati aku terbuka untuk bertemu dan merasai pengalaman belajar kat unimap, why not kan? dah tu, keputusannya? berdasarkan result aku yang tak berapa nak gah ni la kan, tetttt. ni la hasilnya.


nahh, see, see. sumpah tengok nama course je aku tak minat. tapi tak tahu pulak kalau ilmu pengetahuan aku masih cetek. dan fikiran aku sempit bila tengok nama course ni, terus aku bayangkan bidang kerjaya yang tak pernah aku angan-angankan sejak kecil. kalau aku macam tu, ye. anybody can leave me a comment so that I can make the right choice. sumbangan dari pihak yang mengetahui amat la diperlukan sekarang ni. please ye. please.

kadang-kadang terfikir pulak aku. abah aku selalu sebut-sebut nama unimap kenapa hah? aku rasa, mesti dia taknak berjauhan dengan aku kan. kahkah. alasan semata-mata je tu. hekk. kalau nak tengok kerjaya, memang ah interior designer, arkitek dan seangkatan dengannya macam tak sangat diperlukan buat masa sekarang ni. tapi, itu SEKARANG. diulangi, itu buat masa sekarang je okay. aku study nanti bukan tahun ni juga aku nak graduate. kalau dikira masa tu, dah lebih 6tahun kot. fuhh, dah tu, macam mana kalau masa tu interior designer ciputtt je bilangannya? hah . cer jawab, cer jawab. paling tak pun, kalau dah nazak sangat takde kerja untuk aku, aku sambung je ke master and jadi pensyarah. fullstop okay. dan boleh la aku menumpukan lebih perhatian ke keluarga aku. cewahh. berangan okay.

dan tu, aku dah malas nak fikir banyak. nak je aku buat 5 pilihan je.


akhir kalam, aku masih lagi runsing, buntu, jammed, celaru, serabut dan seangkatan dengannya laa. tarikh akhir dah nak tutup tapi kenapa perasaan buntu ni tiba di saat-saat akhir hah? susah. bila spm pun susah, dah habis spm pun susah lagi. bila nak senang maa? give me space to release out of all this. I'm so-so indecisive. confuse make me wacky. aku nak kena buat solat istikharah ke baru aku dapat jawapannya? ishh, macam over sangat la kan.



CATITAN-CATITUN : don't be surprise if I'm turning to loopy just thinking about this. werrr. overdose okay  =p



___________________________________________________




Chopp chop, di kesempatan ni jugak, aku nak wish HAPPY BIRTHDAY untuk kawan baik aku, bobott.






BOBOT.
kau dah tua okay. so, stop acting like you're still a child. jelek tahu kalau kau perangai macam tu. haha. tak laa. aku suka apa sebab kau dah buat hidup aku makin gila gila dan gila. apa-apa pun, congrats. kau dah cukup 18. pergi la dikau buat kad pengenalan baru. apa yang aku harapkan, semoga apa yang kau nak, tercapai laa. aminn. dan semoga kalau ada jodoh, kita jumpa okay :) apa-apa pun, aku sayang kau la gilaaa!







kindly leave me a comment. thank you.

2 comments:

kazuya satoru said...

LALALALALLALALA

amy cyrus said...

haihhh. macam mana boleh ada ni hahhh?

THE MASTER

My photo
Helo peeps. I'm Amy. I'm so glad because you're willing to lay here just wanna read my silly writing. It gives me a big meaning, k? Jyeah, and I'm not a rigid blogger so I just write when I feel I have to write. People say life is so suck. Uhh, helo? Is that so? I don't think so because I think life is fair and squre. We survive the life at up and down. I'm just at this type. I just looking forward to enjoy the life. K? By the way, thanks to readers who always wanna know the story of my life. To the haters, nothing can I say because nobody perfect, aite? May GOD bless you when you spent your time here and bless me when another person be you follower ♥ Have a nice day ever. Kbye.

MY BELOVED STUDENTS