Wednesday, March 30, 2011

JOM FLY KE KELANTAN :)

okay, entry kali ni bukan la aku nak gebang. aku nak tulis entry ni pun pasal nak kongsi aku punya kesyiokan-tahap-melampau-tak-hingat-nak-balik-rumah. faham? bukan apa, aku sangat la excited nak pergi kelantan. kenapa kelantan? aduhh, malas aku nak panjang isu ni. tapi dalam hati aku keinginan nak pergi kelantan tu memang membuak-buak ah. tak pernah aku taknak pergi kelantan. nak kot! cuma sekarang ni aku nak cari masa yang sesuai je. sekarang aku sibuk kerja, dengan UPU lagi, dengan lesen lagi. aduhh.

tapi, masa hari bila entah aku lupa. aku belek-belek Kosmo dan terjumpa la satu iklan yang agak WOW! tak kedip mata aku tengok. aku renung je iklan tu. dan banyak kali jugak aku belek iklan tu. kahkah. macam bodoh je. dan balik je rumah masa kerja tu, aku pun layari la website dia sebab nak tau lebih lanjut.


dah nampak kan? cuma RM39 je doo. aku ada bagitau Aimi yang aku nak pergi kelantan naik kapal terbang. tapi dia agak tak bagi laa. ishhh ><

AKU : Po, To ingat nak tempah tiket kapal terbang pergi Kelantan la. Murah.
AIMI : Perlis ada flight ke?
AKU : Tak laa. Dari Penang ah. Agak-agak mama bagi tak eh? Sebab tempoh penerbangan dia lama. Sampai bulan oktober.
AIMI : Mama tak bagi. Po lagi la tak bagi. If nak jugak, kena naik dengan Po. Hmm.

Aduhh! Dah balik kerja tu, aku memang tanya mak aku. Dalam hati, aku harap sangat yang dia akan bagi persetujuan.

AKU : Mak, nanti kak nak pergi kelantan naik kapal terbang boleh tak? RM39 je.
MAK : Nak pergi dengan siapa?
AKU : Sorang-sorang ah. Kalau ada kawan pun, boleh jugak.
MAK : Tak payah laa. Nak buat apa pergi kelantan tu?
AKU : saja ahh. nak jumpa kawan-kawan. teringin la.
MAK : nanti nak stay kat mana?
AKU : alaa. boleh cari la yang tu. kawan-kawan ramai kat sana. (gebang) Boleh la ye? kak pakai duit gaji laa.
MAK : Nak naik dari mana ni?
AKU : Dari Penang la.
MAK : Siapa pulak yang nak hantar pergi penang? hurr. tak mau la mak.
AKU : takpe, kak boleh naik bas.
MAK : naik bas pergi bayan lepas tu? Entah-entah bayan lepas pun tak tahu.
AKU : Takpe. ada kawan kak sorang duduk bayan lepas. tahu la dia nak mengejasnya.
MAK : Huhm, taktau la. Try tanya abah tengok. Mak malas nak bagi kata putus.

Aku dah berhadapan dengan dua orang. Mak macam nak bagi taknak bagi je walaupun aku pakai alasan "bagi la kak berdikari tengok. Nanti kak study jauh-jauh pun tetap nak naik sendiri-sendiri jugak". Tapi, agak tak berkesan. Sekarang, aku kena tanya ayah aku pulak. Ayah aku ni, kalau dia kata tak, memang tak ahh. Sebab tu aku ambil masa yang agak lama untuk tanya dia demi mendapatkan persetujuan dia tu.

Sehari selepas tu. .

AKU : Abah, boleh tak kak nak pergi kelantan naik kapal terbang? Murah la. Dorang buat offer sekarang ni.
ABAH : Berapa?
AKU : RM39 je. Dari Penang.
ABAH : Flight apa ni? Air Asia ke?
AKU : Firefly :)
ABAH : Hmm, tempah la. Tempah kat mak sekali.

WAHH. Dalam hati aku tu, peeeewit. Seronok kot! Tak sangka, sekali minta je dah boleh dapat. Iloveyou la abah. Tapi, aku tak bagitau Aimi pun pasal ni sebab aku tak text dia. Haishh. Susah, susah. Dan aku dah bagitau Naed pasal ni. Aku ingat nak ajak Sue sama, tapi macam payah pulak mak Sue nak bagi. Ada juga aku ajak Iffah tapi dia anggap aku main-main pulak. Heyy, tak main-main tahu. Kalau aku ada kawan, aku pergi. Kalau takde kawan pun, aku nak pergi. HAHA. Mak ikut pun, ikut la. Aku nak jumpa Naed dengan tetttt. Tapi tarikhnya aku tak putuskan lagi. Biar ah aku tunggu dulu bila dah jumpa tarikh yang sesuaiiiiii sangat. Sebab tempoh penerbangan dia sampai Oktober. Kalau aku kena PLKN Kumpulan 2 yang dijadualkan Mei ini, paling tak pun aku dah balik bulan Julai.Misal kata aku kena PLKN Kumpulan 3 pulak, kena lapor diri bulan September. So, the best date is on August. Bulan Ramadhan. Ye, tak salah juga kalau aku nak sambut Ramadhan kat sana kan? Mesti best pergi bazar ramadhan kat kelantan. Beli nasi dagang untuk buka puasa. Kat sana-sini penjual sebut "duo seyai, duo seyai","hop ni tigo pitih sor". Seronok kan? Boleh imagine tak? Berbeza sangat kalau dengan bazar ramadhan kat Perlis. Sometimes, kita kena la jugak cari pengalaman di tempat orang. Tak gitu?

Hahh. Baiklah. itu saja aku nak potpet-potpet. Aku rasa kawan-kawan aku pun dah tidur sebab FB dorang macam dah offfffff je. Aku sorang je yang dok ketuk-ketuk keyboard ni. HAHA. Ehh, aku ada plan jahat ah malam ni. Apa dia eh? Mana boleh tahu doo. Kahkah. Selamat malam semua :)

CATITAN-CATITUN : Anda sangat dialukan kalau nak ikut aku sekali. Terbuka kepada Iffah, Ayu, Annie, Sue dan seangkatan dengannya. Permohonan anda akan dikilo-beratkan. Werkkkkk =p







kindly leave me a comment. thank you.

No comments:

THE MASTER

My photo
Helo peeps. I'm Amy. I'm so glad because you're willing to lay here just wanna read my silly writing. It gives me a big meaning, k? Jyeah, and I'm not a rigid blogger so I just write when I feel I have to write. People say life is so suck. Uhh, helo? Is that so? I don't think so because I think life is fair and squre. We survive the life at up and down. I'm just at this type. I just looking forward to enjoy the life. K? By the way, thanks to readers who always wanna know the story of my life. To the haters, nothing can I say because nobody perfect, aite? May GOD bless you when you spent your time here and bless me when another person be you follower ♥ Have a nice day ever. Kbye.

MY BELOVED STUDENTS