Friday, July 29, 2011

ROOMMATE

Hi!


#Aku harap korang masih kenal aku =='


Ok, aku sedar dah lama gila doh aku tak update blog. Memang dah lama, berbulan-bulan aku tinggal blogspot sejak aku dah sambung belajar. Aku sibuk belajar ke? Haha, jangan nak buat lawak kan. Seriusly, masa lapang aku kat sini memang banyak terisi dengan tidur tidur tidur. Tak percaya boleh tanya roommate aku. Sekian terima kasih.


Oh ya, otak aku sekarang ni pun tak ada banyak idea bernas sangat. Almaklumlah, otak ting tong wa cakap sama lu. Mentang-mentang lah dah lama aku tak buka blog, alahaiii, nak tulis blog pun dah rasa macam blank.Hilang habis segala kekreatifan aku nak tulis blog. Nampak benor nipunye kan?


Baiklah, memandangkan entry ni merupakan entry pertama sejak aku bertukar menjadi student kembali, yeah, student kembali, maka aku nak juga lah menggeledis nak kenalkan roommate aku. Har har har.


TASYA












Dia ni budak otak gila-gila, sama juga macam aku. Hikhik. Dia ni budak Perlis juga, sama macam aku. Hikhik. Dia budak Modul 2, sama juga macam aku. Hikhik.


Dulu dia sekolah dekat dengan rumah aku, SMK SYED HASAN. Sumpah dia ni memang kelakar doh. Tabiat buruk dia, suka sangat nak menyakat orang. Kalau tak menyakat, memang tak sah ah. Suara memang lantang habis mengalahkan pitching Ning Baizura. 'Mau sekali dia hingaq kat tepi telinga ampa, memang cayaq  lah taik telinga ampa semua'. Dia ni ketua bilik aku. Hah, mau tak boleh jadi ketua. Dia ni tegas siot. Tapi, baik gila. Kadang-kadang tu mama dia selalu bawa makanan untuk kami satu bilik. Mak dia memang rajin. Rajin masak, rajin pula hantar makanan.




WA












Najwa, kami panggil dia Wa. Dia ni budak yang tidur kat bawah aku haa. Wa ni kecil molek je, sama dengan aku. Eh, tak sama dengan aku tapi aku tinggi banyak lagi dari dia. Muehehe. Takpe, dia lagi kecil dari aku, dia yang lagi comel dari aku. I'm deal with this. Kalau aku budak Fizik, dia ni pula budak Sains. Hah, lebih senang orang cakap budak pandai ah. Sebab semua killer subject dia ambil macam Biologi, Fizik, Kimia. Kalau aku, nauzubillah, memang tak termampu. Dia ni asal Kuala Lumpur.


Bagi aku,dia ni macam aishhhh, nak cakap lurus bendul tak baik lah pulak kan. Tapi dia ni kelakar. Macam kartun. Cute. Haha. Sebab tu ramai orang suka sangat bab nak pekena dia. Dia ni baik gila doh, tapi bak kata Tasya, social level dia tak tinggi pun. Yang tu, no comment. Wa ni suka sangat tolong orang. Satu lagi yang best pasal dia, dia selalu sangat nak bertekak dengan Farah. Kalau dalam hari tu dioang tak bertekak, rasa janggal pula dan bila diorang dah start bertekak, aku pula selalu berada di pihak Wa. Aku pun taktau kenapa sampai akhirnya Farah akan ditindas. Yeah! Haha.


Farah? Siapa Farah? Ok, aku kenalkan dia pula.










FARAH

#gambar tidak dapat disediakan buat masa ini atas sebab-sebab tertentu.
  Harap maaf.


Hihuhu. Budak ni selalu kena buli dengan aku, Tasya and Wa. Yelah, dah manja sangat. memang seronok lah nak buat bahan kan. Kahkahkah. Masalahnya bukan apa, dia suka cari pasal, habis tu apa lagi, semua orang fire dia balik ah. Nak menang sorang-sorang, dalam mimpi boleh lah. 3 lawan 1, siapa yang nak menang. Mestilah yang 3 tu kan. Dia ni budak Kelantan. Baik juga dia ni. #Aku tahu aku dapat roommate semuanya yang baik.


Oh yaa, Farah ni budak sama modul dengan Wa juga. Tergolong dalam kategori budak pandai lah ni. Memang pun, aku rasa dia ni sifu Fizik. Kweng kweng. Cuti sem ni aku dah cadang nak lepak rumah dia. Ok Kelantan, get ready, wait for me to be there k. Haha. Seronok sial. Dah beli tiket pergi dan balik, harapnya takde lagi lah kekangan untuk aku pergi Kelantan kan. #Aku sedih memikirkan tiket kapal terbang aku yang tarikhnya 31 Julai ni tapi aku tak sempat pergi. Tsk tsk.




ANA

Okay, the last one is Ana. Tapi Ana tak selalu lepak dengan roommate yang lain. Tapi yang aku tahu dia baik lah. Comel je, manja lagi tu. Hah, point yang paling penting, dia pun lagi rendah dari aku. Kekeke. Dia ni budak Terengganu. Dule satu sekolah dengan si Farahtu. begitulah al-kisahnya. Dia ni pula budak Modul 3, atau kami gelar dia sebagai budak Biologi. 


Kesimpulannya, aku rasa bersyukur gila dapat roommae yang macam ni. Walaupun perangai macam lain sikit, tapi kami sehati sejiwa, semua otak boleh masuk. Tak ada yang disisihkan. Serius cakap, chemistry bond antara kami sangat strong. Sebab aku rasa dekat sini takde lagi lah orang nak lepak dengan roommate. Paling koman pun, lepak dengan classmate, tak pun ex-schoolmate. Ni cuma persepsi aku sebab ada orang pernah tak percaya yang kami ni semua roommate. Masa kena buat pemindahan bilik, aku rasa bilik kami je yang tak keluar sebab masing-masing dah boleh terima antara satu sama lain. Padahal ni semua atas arahan pihak kolej. Tapi who cares. Lantak orang nak cakap apa, janji kami dah serasi. Tu yang penting.

Yang bestnya bila ada roommate ni bila semua benda nak dikongsikan bersama. Lepas tu, gelak ramai-ramai. Tak rasa macam orang gila pun. 

Akhir sekali, sebelum aku mengundur diri, mari aku nak hidangkan korang dengan gambar buah-buahan sebilik aku makan. Kbye, take care. Garnier :)







kindly leave me a comment. thank you.

2 comments:

nia azhari said...

gua kenal sama itu budak nama tasya :O

AMYCYRUS said...

@nia azhari: Ahah, she knows you too :)

THE MASTER

My photo
Helo peeps. I'm Amy. I'm so glad because you're willing to lay here just wanna read my silly writing. It gives me a big meaning, k? Jyeah, and I'm not a rigid blogger so I just write when I feel I have to write. People say life is so suck. Uhh, helo? Is that so? I don't think so because I think life is fair and squre. We survive the life at up and down. I'm just at this type. I just looking forward to enjoy the life. K? By the way, thanks to readers who always wanna know the story of my life. To the haters, nothing can I say because nobody perfect, aite? May GOD bless you when you spent your time here and bless me when another person be you follower ♥ Have a nice day ever. Kbye.

MY BELOVED STUDENTS