Monday, October 17, 2011

Karnival Sukan Tradisi Peringkat Negeri Perlis 2011



Hello readers, konichiwa :)

Sebenarnya entry ni dah lama aku nak tulis, tapi terbantut dan terpaksa ditangguhkan sebab aku mendapat kekangan masa dan WiFi area network. Lagipun tutorial pun banyak, assignment pun banyak, semuanya banyak. 24 jam untuk settlekan semua ni memang takkan cukup. Ahh, merungut pula aku. K, abaikan.

Okay kawan-kawan, hari ni aku nak tulis pasal satu karnival yang telah aku join baru-baru ni. Dan karnival tu adalah Karnival Sukan Tradisi Peringkat Negeri Perlis 2011.






Bermulanya cerita bagaimana aku boleh terlibat dengan karnival ni. Masa HEP umumkan tentang karnival ni, aku tak berapa nak ambil port sangat sebab seingat aku Cuma 40 orang je yang akan dibawa untuk mewakili kolej. Dalam hati aku masa tu dah rasa dah mesti tak ada chance punya sebab aku tahu mesti akan dipenuhi dengan budak jurusan Akaun punya. (Maaf, ini bukan diskriminasi terhadap pelajar jurusan). Tapi aku tak tahu kenapa masa tu aku teringin juga lah nak join, nak mencuba nasib, mungkin masa tu aku nak mencari markah kokurikulum aku, mungkin. Maka dengan besar hatinya aku pun ajak lah kawan sekelas aku, Erna.


Dan nampaknya peluang untuk aku dan Erna pergi karnival ni masih cerah sebab nama untuk peserta karnival ni masih ada yang kosong. Mungkin publisiti untuk karnival ni tak begitu meluas, mungkin?


Tapi peluang aku dengan Erna juga bagaikan telur berada di hujung tanduk sebab masa perjumpaan dengan peserta-peserta karnival ni, cikgu tu bagitau yang mungkin tak semua orang akan dibawa sebab tiada kemudahan bas. Aku masa tu rasa macam, ermmmmmmm mungkin takkan pergi. Mungkin?


Tapi Alhamdulillah, tiada rintangan yang melanda, aku dan Erna sudah sah menjadi peserta karnival ni. Aku ingat lagi pagi tu, bersemangat gila nak pergi. Punyalah laju nak pergi kat bas yang dah sedia menunggu tu. Tapi masa sampai tu, aku tengok peserta yang lain majoritinya budak Akaun dan tak ada orang yang aku kenal -,-“ Aku dan Erna di situ bagaikan kera sumbang.


Sesampainya di sana, lokasi tempat adalah di Felda Rimba Mas, baru aku nampak yang kolej lain ada hantar wakil untuk kumpulan dorang sama. Seingat aku, ada kontinjen Politeknik Arau, SMK Tengku Sulaiman, Kolej Komuniti, ahli Belia dan ramai lagi ahhhhh aku taktau dah nak sebut. Seperti awalnya, aku dan Erna masih terasing . Tatkala peserta kolej yang lain sedang bersarapan, aku dengan Erna pulak berdua di wakaf. Keadaan nampak begitu menyedihkan, bukan? Tetapi apakan nasib.


Okay, back to the topic. Sebenarnya kau dengan Erna masuk acara jengket. Kelakar memang tak kelakar ah sebab ni permainan budak perempuan. Well, kami memang budak perempuan pun kan? Teringat lagi aku masa kat kampung di Sungai Petani, pernahlah aku join sepupu aku dengan kawan dia main benda ni. Setakat angkat-angkat kaki, lompat lompat, aku pasti ramai sangat yang boleh buat kan. Tapi nak buat macam mana kan, aku masuk acara ni pun sebab nak menguji tahap keperempuanan aku. Ahaha bunyinya melucukan. Tapi bagi aku ini sangat okay kalau nak dibandingkan dengan acara yang lain macam klereng, toi, dam haji dan sepak raga.


Well, peserta jengket masa tu takdelah ramai sangat. Tapi aku kisah apa? Janji aku dapat main. Yang kelakarnya, bila kita kena baling batu tu masuk ke dalam petak tertentu. Setiap peserta cuma diberi peluang sebanyak tiga kali sahaja untuk mencuba. Permainan ni dimain berdasarkan kalah-mati. Aku dah lah tak terer, setelah sekian lama tak main memang tak dapat nak target lah batu tu dapat masuk petak nombor 9. Sentappp mak nak. Nombor 9 tu, jauh ooo. (Sebenarnya kitorang guna duit syiling 50 sen, bukannya batu pun) Cubaan pertama aku, aku punya target tak dapat. Dan berdasarkan pemikiran budak Sains Fizikal, Erna sempat lagi cakap kat aku,




“Amy, Amy. Increase the velocity Amy. Projectile motion, jangan lupa konsep tu.”




Berdasarkan daya pengetahuan aku terhadap berapa nilai “Force” yang harus aku terapkan dalam mencapai target yang betul ( Mesti ingat yang SI unit untuk “force” ialah Newton ), akhirnya dapat juga aku capai target. Lompat lompat sebelah kaki, memang tak failed tapi akhirnya aku terkandas masa nak kena imbang syiling 50 sen kat atas kepala. Masa tu aku pakai shawl, maybe sebab licin dan pengembaraan aku tak dapat diteruskan. Walaupun aku dah dapat imbangkan yang equilibrium gravity tu dah ada dan aku sedar, gravitational force sentiasa menarik syiling 50 sen untuk jatuh ke bawah. Tapi disebabkan friction force yang amat sedikit yang berlaku atas kepala aku tu, dan dalam masa yang sama graviti bumi menarik syiling tu jatuh ke bawah. Ahhhh sudah. Keluar habis semua aplikasi Fizik aku.


Aku betul-betul enjoy hari tu. Sangat-sangat enjoy. Sekarang aku dan Erna dah tak keseorangan. Kami dah ada kawan. Diulangi lagi sekali, kami dah ada kawan. Dah ada kawan. Dah ada kawan. (Sila baca dengan intonasi yang betul) Jyeah, semuanya gila-gila, semuanya sporting cuma masa mula-mula kot, malu-malu nak bertegur kannn. Alhamdulillah, aku mendapat tempat ketiga dalam acara jengket. Erna pulak dapat nombor dua. Sebagai kawan, aku sangat bangga dengan pencapaian beliau. Apa yang lebih membanggakan lagi, kesemua tiga tempat untuk acara jengket telah dimonopoli oleh peserta Kolej Matrikulasi Perlis. Tahniah diucapkan.




Erna dapat naib johan. Bangga ooo aku.


Aku sekadar memenuhi syarat, dapat tempat ketiga. Cukup-cukup makan je.


Tahniah juga diucapkan untuk peserta klereng yang berhempas pulas untuk memenangi acara tu semata-mata nak pergi Padang Besar kan. Terutamanya budak-budak Blok C2. Semangat blok tu dorang bawa sampai ke sana. Nah, hambek kau. Walaupun dapat nombor 3, kitorang tak kisah. Yang penting keseronokan tu. Menang kalah tu adat permainan lah kan. Asalkan kitorang dapat pengalaman, dapat kawan baru, dan sebenarnya semua nilah lagi penting daripada kemenangan blablabla.


Atas usaha keras kitorang, akhirnya Cikgu Shahrom yang baik hati membenarkan kitorang pergi Padang Besar. Mahu tak menjeritnya budak-budak lelaki sebab seronok sangat. Yelah, sepatutnya hari tu adalah turn untuk budak perempuan outing.


Lepas lepak-lepak kat Padang Besar, kitorang telah selamat sampai ke kolej. Well friends, aku betul-betul enjoy dengan korang. Sumpah, aku takkan lupakan kenangan ni sampai bila-bila. Sampai aku kerja pun. Insya-Allah. Having a great time with all of you, yes I admit if the chance is given back to me, I want it.



Semua orang kena buat senam seni. Tiada kompromi.




Dorang ni budak-budak Politeknik. Haaaa aku jumpa senior aku sorang.


Lihatlah betapa gembiranya dorang buat senam tari dengan rela hati. Tiada paksaan.




Mereka ‘happy’ melakukan senam tari. Sekali lagi, tiada paksaan. Dengan rela hati.

Ecehh aku malu bila cikgu cakap aku sangat bersungguh-sungguh buat senam tari ni.


Urus setia tengah ‘briefing’ pasal permainan jengket.


Erna masa tengah bertanding. Konsep Fizik, konsep Fizik.


Budak-budak pemain batu seremban.


Pemain-pemain dam haji terhebat abad ini.


Antara pemain dam haji terbaik yang dihantar khas dari Kolej Matrikulasi Perlis.


Pakcik-pakcik pemain sepak raga. Bekas pemain sepak raga amatur zaman kegemilangan Thailand.


Inilah namanya klereng. Aktiviti yang menyihatkan badan.



Permainan toi atau lebih dikenali sebagai galah panjang. Panas terik tidak dihirau. KAMI NAK PERGI PADANG BESAR!


Pasukan klereng wanita. Handal. Pantas. Cekap.


Antara pembesar-pembesar yang hadir memeriahkan majlis dan memberikan sokongan.


Sebelum acara tangkap gambar ramai-ramai (WAJIB!)


Cikgu Shahrom dan pengumumannya yang mengatakan kami boleh pergi Padang Besar. Errrr (YAHOO!) lah sangat kan.


Kami seronok dapat pergi Padang Besar. Peace!


Dalam kepenatan balik kolej, kami nak jugak tangkap gambar sebab kami enjoy habis-habis.




Aku dengan Erna bersama nama kolej. Kami bangga.

Itu sahaja daripada aku. Seriusly, aku totally enjoy hari tu. Bagaimana dengan anda? Ada aktiviti yang takkan anda lupakan sampai bila-bila? Jomlah share-share. Tinggalkan komen ye. Love you guys. Peace.


Kbye.






Picture credited to:
Cikgu Aznirol Azma
AMYCYRUS

kindly leave me a comment. thank you.

2 comments:

Anonymous said...

Seronoknya bila dapat join kem untuk wakili kolej!

AMYCYRUS said...

@Anonymous: Memang seronok. Jomlah join :)

THE MASTER

My photo
Helo peeps. I'm Amy. I'm so glad because you're willing to lay here just wanna read my silly writing. It gives me a big meaning, k? Jyeah, and I'm not a rigid blogger so I just write when I feel I have to write. People say life is so suck. Uhh, helo? Is that so? I don't think so because I think life is fair and squre. We survive the life at up and down. I'm just at this type. I just looking forward to enjoy the life. K? By the way, thanks to readers who always wanna know the story of my life. To the haters, nothing can I say because nobody perfect, aite? May GOD bless you when you spent your time here and bless me when another person be you follower ♥ Have a nice day ever. Kbye.

MY BELOVED STUDENTS