Saturday, October 22, 2011

Bilik 309. Berhantu ke?



Tajuk menakutkan tapi sebenarnya takdelah menakutkan. Anda boleh meneruskan bacaan dengan hati yang gembira.

Hai semua.
Hari ni aku nak cerita pasal kehidupan aku sebagai pelajar asrama. Yelah, tak pernah-pernah lagi aku tulis pasal kehidupan aku sebagai budak hostel kan?





Haaaa bilik aku ni kat tingkat 3. Hari-hari buat fitness juga lah aku ni. Tiap hari nak kena naik turun tangga. Ok, lepas tu aku dah takmau bersenam. Hehe. Bilik aku nombor 309. Cantik kan? Ok, bertuah. Sebab tu yang boleh menang bilik bertuah hari tu. Hikhik (Saja nak bagitau).

Orang cakap, kalau dah namanya duduk asrama, tak sah kalau takde benda-benda mistik ni. Korang percaya tak? Hmm ikut pendapat masing-masing. Tapi kenapa mesti dikaitkan dengan asrama? Kenapa? Memang benar, makhluk ghaib tu sentiasa ada kat mana-mana. Dulu masa aku nak masuk asrama, aku tak pernah fikir pasal ni. Tapi semalam, aku terfikir.

Tiba-tiba aku teringat dialog antara aku dengan kawan aku:



Aku: Wehhh, nombor bilik 303 cantik kan?

Kawan aku: Em em, nombor bilik 309 pun cantik tapi selalunya bilik tu pelik sikit. Berhantu.

Aku: Weii, ang jangan lah cakap macam tu! Bilik 309 tu bilik aku kot.

Kawan aku: Lahhh yaka? Mana aku nak tau tu nombor bilik ang.

Aku: Ang ni buat aku cuak lah.



Spontan je kawan aku tu cakap bilik aku berhantu -,-“ Dia kata macam tu sebab nombor 9 dikaitkan dengan nombor syaitan. Betol ke? Entah, aku pun taktau.

Sebenarnya aku malas nak komen panjang-panjang. Sebagai manusia yang biasa, tipulah kalau aku cakap aku tak takut. Yeah, aku tak takut tapi cuma perasaan risau yang bersarang kat hati aku ni haaa.
Tapi apa korang akan buat kalau korang diganggu? Diam? Buat bodoh je? Nak bertindak atau nak panggil superman? Kalau aku? Pasang earphone tapi fikiran still teringat benda tu. Haha memang tak boleh lari. Kalau dia tak kacau kita, takpe. Mahunya dia dia tarik earphone kita? Ok, aku mengarut.

Dan semalam, satu perkara terjadi dalam kehidupan aku sebagai budak asrama. Haaaa tipu kalau cakap aku tak risau. Aku cuma risau kalau tiba-tiba ada roommate aku yang kena sampuk. Mahu lari bertempiaran rasanya aku kalau macam tu. Kepada si ghaib, terima kasih sebab buat kami yang duduk sebilik ni rasa takut. Nak sangat kau berkongsi bilik dengan kami kan? Tidur nyenyak pulak atas katil kawan aku, dah tu nak buat bising pulak. Kalau nak tidur pun, tidur lah diam-diam. Jangan nak bising-bising. Kitorang nak study ni haaaa. Grrrrr.

Tapi alhamdulillah, lepas baca yasin, takde apa yang jadi. Dah tak dengar dah bunyi kau buat bising tu. Panas sangat kot kau rasa kan? Haha. Dan sampai sekarang, aku tak naik lagi katil aku. Haha.


So macam mana dengan korang? Pernah ada pengalaman macam ni? Kalau ada, share-share lah. Take care guys. Bye.

kindly leave me a comment. thank you.

2 comments:

lelaki serabai bernama SYF. said...

woah..seram

AMYCYRUS said...

@lelaki serabai bernama SYF: Aha, seram. Sekarang ni pun still terjadi. Redha jelah.

THE MASTER

My photo
Helo peeps. I'm Amy. I'm so glad because you're willing to lay here just wanna read my silly writing. It gives me a big meaning, k? Jyeah, and I'm not a rigid blogger so I just write when I feel I have to write. People say life is so suck. Uhh, helo? Is that so? I don't think so because I think life is fair and squre. We survive the life at up and down. I'm just at this type. I just looking forward to enjoy the life. K? By the way, thanks to readers who always wanna know the story of my life. To the haters, nothing can I say because nobody perfect, aite? May GOD bless you when you spent your time here and bless me when another person be you follower ♥ Have a nice day ever. Kbye.

MY BELOVED STUDENTS