Friday, May 6, 2011

PM Masuk Konti HotFM

*Google Image



Assalammualaikum and hello peeps.


Yang pertamanya sekali, aku nak minta maaf sebab aku dah lama tak update blog. Aku sangat sibuk sekarang ni. Sumpah tak tipu. Kalau betul pun aku tak berani nak buat sumpah laknat, tapi tolong lah percayakan aku yang aku memang sibuk wa cakap lu.Dan korang meti lah tertanya-tanya apa yang aku buat sampaikan nak update blog pun tak sempat. Yer dak? K, pertamanya sebab sekarang ni aku dah sibuk memetik hasil buah harum manis. Sekarang ni pun dah sampai musim harum manis. Memang makin sibuk lah aku. Pukul 8 pagi sampai 8 malam kerja aku kutip buah harum manis dari pokok je tak berhenti. K, aku tipu. Sebenarnya kan, aku sekarang dah jadi pengawal peribadi Perdana Menteri kita ni. Bangga* Aku mula kerja ni baru lagi, dalam empat minggu lebih rasanya. Kerja pun senang, tapi gaji masyukkkkk. Ikut je dia pergi mana. Tambah pulak aku ni memang kaki melancong. Kerja macam ni lah yang aku dok cari sangat-sangat. Aktiviti terbaru aku, pagi tadi aku temankan dia pergi knti HotFM bersama Fafau, FBI dan Kieran. Seronok sangat duduk dalam konti tu. Sesiapa yang menonton LIVE dari 8TV tu, mesti dah nampak muka aku kat skrin TV dok tayang gigi tak sudah-sudah kan. K, aku tipu lagi. Sebenarnya, tajuk kat atas tu tak ada kena-mengena dengan apa yang aku nak tulis hari ni.


Sebenarnya aku dah lama tak update blog dengan online FB sebab lappy rosak. Itu yang aku taknak gitau tu takut-takut nanti ada orang baik hati nak hadiahkan aku lappy seekor.


Okay, sekarang ni aku takde isu yang aku nak tulis pun cuma aku nak update pasal kehidupan aku sekarang ni. Jyeah, semua orang dah tahu yang keputusan IPTA dah keluar kan? K, budak-budak yang sama umur dengan aku pun dah sibuk nak semak. Aku pun tak terkecuali. Sebelum pukul 8 lagi, aku dah hadap lappy abang aku dan check and jyeah, keputusan tak keluar lagi. Mak aku kata orang tak masuk pejabat lagi, memang tak ah nak dia keluar lagi. K, mum, you're right. Tapi, dalam pukul 12 lebih tu, aku check lagi sekali. Server busy, yes, I understand. Tapi atas kepakaran abang aku, dia buat macam mana entah, terus boleh check. And hell no, aku tak dapat IPTA. Nak kata aku meraung melolong? Memang tak ah. Sebab aku tahu yang aku memang tak dapat. Peluang nak pergi UITM pun tipis. Bukan kata tipis, tak dapat langsung. Tengok saja lah, semua program yang aku minta bertemuduga pun tak dapat. Bukan kata tak dapat, nak panggil pergi temuduga pun tak dapat. Awh, how frust I am. K, aku tahu, mungkin subjek yang aku ambil masa SPM dulu tak cukup 'strong' nak sambung dalam program yang aku minta tu. Betul kata ayah aku, aku patutnya ambil subjek Seni dengan EST sebagai subjek sokongan. But, past just pass. Let bygone be bygone.


Tapi, aku takde lah meraung sampai nak bunuh diri sebab tak dapat masuk IPTA. Ishhh, salah tu. Jangan fikir nak bunuh diri, k? Think positive. Mungkin takde rezeki, tapi korang boleh cuba buat rayuan kan? Tapi, seeloknya aku rasa baik lah korang masuk Tingkatan 6. Lekeh? Tolong buang jauh-jauh perspektif korang tu, k? Aku tak nampak Tingkatan 6 ni macam lekeh, bahkan aku nampak Tingkatan 6 ni dah nampak macam program asasi pulak. Sebab 2 tahun belajar, habis STPM terus sambung ijazah. Kalau nak ambil program diploma, 3 tahun baru habis. Korang boleh nampak kan bezanya satu tahun tu? And, the best damn thing I know about Form 6 is, to take you to Degree, the University Intake Unit (UPU) will choose you as second choice after matriculation and foundation student. Boleh nampak tak? UPU ambil budak diploma sebagai pilihan ketiga lepas dorang tengok budak matrik, asasi dengan Tingkatan 6. Aku dapat info ni berdasarkan cikgu kaunseling aku, k. Tapi, satu je pesanan aku. Kalau korang dah ambil Tingkatan 6, korang jangan lah naik main-main macam masa kat SPM dulu. Don't struggle at the end, but struggle throughout the year. Bukan Tingkatan 6 je, sama gak macam mana-mana program pun.


Dan aku telah pun buat keputusan untuk sambung kat Kolej Matrikulasi. Walaupun mula-mula tu abah aku macam tak yakin je dengan aku. Ditambah pula dengan kawan aku kata :"hoy, matrik susah tahu tak. kawan aku yang masuk matrik tu cakap memang menyesal pergi matrik", telah membuatkan aku berfikir 39872 kali sama ada aku nak pergi matrik atau apa ke? Mak aku, cikgu tadika aku, dengan kawan-kawan baik aku je yang sokong aku kalau aku pergi matrik. Program Satu Tahun: Sains kat Kolej Matrikulasi Perlis je. How can I get KM Perlis even I'm always hoping that I'll never get here? K, lawak k. Sebab ramai budak sekolah aku dapat KM Perlis. Kadang-kadang tu aku terfikir, musibah apa lah yang sedang melanda ni? Haha. But, I'm okay with that. KM Perlis, not so bad kan. Bagus lah tu. Abang aku dapat UITM Arau, adik aku SMV Arau. Tiga orang anak Cikgu Shimi dengan Makcik Suraya semuanya dah jadi orang Arau. Hah, bangga tak? Kalau nak jumpa pun, pergi Arau je, dah boleh buat 'reunion' family. Ecehhh. Tapi, baik juga untuk aku sebab aku tak pernah duduk asrama lagi. Biar lah aku membiasakan diri dulu, takut aku kena homesick pulak. Ohh, tolong la jangan sebab lepas buat matrik, aku rasa nak sambung buat ijazah kat UTM nun jauh di Johor, tapi dekat di rumah Nico Pamungkas dengan Nik Bambang Yudyuno. HAHA. K, lepas ni jangan tanya dah aku dapat mana ye? Aku dah bagitahu kat sini, aku nak pergi Matrik, k? Minggu depan aku dah nak bayar yuran pengajian dengan Syaz, k? Ok, Thank you.


Dah, tutup cerita pasal IPTA segala bagai. Aku taknak ulas lanjut. Kalau korang masih nak cakap pasal ni lagi, sila lah tweet tweet aku kat Twitter. Search je Amy Cyrus sumpah korang takkan pernah jumpa akaun aku. HAHA. Kbrah, sekarang ni aku nak cakap pasal PLKN pulak.


Sukacitanya dimaklumkan yang aku memang dah jadi calon PLKN. 16 Mei ni dah kena daftar kat Stadium Utama. Kdang, aku dapat Kem PLKN Guar Chenderai, Padang Besar. Siapa yang dapat penempatan sama dengan aku? Yeay, silalah bersorak kegembiraan. Tapi, yang sedihnya impian aku nak dapat satu kem dengan Suhaila Khairi tak dapat sebab dia dapat Kumpulan 3. Sedih, memang sedih tapi dah nak buat macam mana kan. Takde rezeki :'( Aku tanya kawan-kawan aku memang takde yang dapat sama tempat dengan aku. Syqah dapat kat Langkawi. Ramai yang dapat kat Langkawi. Aku sorang je yang masih kat Perlis, tak dapat nak berkembang. Kbooooooo me. Masa mula-mula ayah aku dapat tahu aku dapat PLKN Guar Chenderai memang ayah aku tak sokong. Dia kata tempat tu teruk lah, kat lembah lah, apa bagai lah, sekali pergi sumpah taknak pergi dah lah. K, good job dad. I know you won't let me go far away, aite? HAHA. Sebab tu bila aku umpan ayah aku nak pergi Matrik dengan mengatakan yang kalau aku pergi Matrik, aku dah boleh ucap selamat tinggal kat PLKN lebih awal. Bukan nak kata la, tapi dan-dan ayah aku terus setuju walaupun dia tak berapa berkenan sangat nak masik Matrik. Kahkah.


Sekarang dah 6 Mei. Mean, in 2 days ahead I'll hear two guys will playing a guitar specially for me. Awe, how sweet. K, dah lari topik. Dalam seminggu lagi, aku nak pergi PLKN. Semua barang aku dah siap. Ubat gigi, yes mem! Sikat, yes mem! Sabun, yes mem! Semuanya aku dah siap lah. Tinggal nak angkat beg je. Excited? Yes, I am. Memang excited gila babi nak pergi PLKN dan jadi wirawati. Tapi, peratusan aku teruja nak jadi wirawati tu semakin berkurang sebab aku fikir, kalau 3 bulan aku jadi wirawati, aku nak tulis diari dan update ke blog aku, tapi tak kesampaian. Aku dah ucap selamat tinggal kat PLKN sebab 23 Mei aku dah kena daftar jadi pelajar matrikulasi. Nasib baik aku bukan lelaki, kalau tak, tak glam lah aku botak masuk belajar xD Sorry sangat, k. Dan kepada blogger yang dapat PLKN tu, gunakan lah medium blog ni untuk bagitahu orang luar apa yang korang buat kat PLKN selama 3 bulan tu, k? Aku yakin mesti ramai sangat yang nak tahu dan tolonglah buang spekulapsi mereka tentang keburukan PLKN ni. Yang penting, penulisan tu mesti telus dan ikhlas.


Alang-alang bercakap ni, Hari Ibu pun dah nak sampai. Setelah aku dah bekerjaya ni, boleh la aku hadiahkan mak aku apa-apa. HAHA. Fikir nak belanja dia makan :D So, any idea? Come and share with me. Cakap pasal kerja ni, 12 Mei ni aku dah resign. Hm, sedih. Kawan aku pulak, Ann yang ambil posisi aku. K, Ann. Selamat berjaya di alam pekerjaan.


Aku rasa setakat ni lah kot aku nak potpetpotpet. karang aku tulis panjang-panjang, muak pulak korang nak baca kan. Ehh, jangan. HAHA. Tanpa korang, siapa lah aku kan. Ecehh. kononnya.


Hahh, sebelum aku berundur, ada kawan aku sorang ni request macam mana nak buat header since dia pun new blogger. To Abelll:

Pertama sekali, kau klik Design>klik edit kat (Header) yang paling atas sekali kat page elemets tu>upload gambar kau>pilih "instead of title and description">save

Okay? Kalau kau still tak faham, roger je aku kat Mlife.
K. Kepada semua pembaca, terima kasih membaca. Lain kali datang lagi. Ngeee. May God bless you. Aminnn. Kbye.





kindly leave me a comment. thank you.

5 comments:

misluvcoklat said...

selamat berkhidmat negara. kerh kerh kerh XD

amy cyrus said...

tak sampai nak berkhidmat negara. takat khidmat negeri je. keh keh keh.

nia azhari said...
This comment has been removed by the author.
nia azhari said...

pnjgnyeeee , haha . yeayy , taya g plkn lelama . eh , aku plak yg suka :D good luck for everything u do k .

AMYCYRUS said...

Nia Azhari, panjang? HAHA. I loike. Nak lepas gian update blog. HAHA. Jyeah, thank you. You too, k :)

THE MASTER

My photo
Helo peeps. I'm Amy. I'm so glad because you're willing to lay here just wanna read my silly writing. It gives me a big meaning, k? Jyeah, and I'm not a rigid blogger so I just write when I feel I have to write. People say life is so suck. Uhh, helo? Is that so? I don't think so because I think life is fair and squre. We survive the life at up and down. I'm just at this type. I just looking forward to enjoy the life. K? By the way, thanks to readers who always wanna know the story of my life. To the haters, nothing can I say because nobody perfect, aite? May GOD bless you when you spent your time here and bless me when another person be you follower ♥ Have a nice day ever. Kbye.

MY BELOVED STUDENTS